Thursday, August 23, 2007

..::GRRRRRR::...

Hampeh, kemudahan internet di pejabat aku nih telah di tarik. Pasal ada opismet aku ditangkap bermain game secara online. Kot iya pun marah pasal dia x respek ko, marahkan nyamuk kelambu dibakar tu watpe? X pasal2 aku dah susah nak apdet blog aku nih. Kuikuikui....3x.
Lila sejak hari hari isnin duduk kat umah nenek dia kat BTR. Mak mertua aku offer tolong jagakan lila isnin sampai jumaat dan malam jumaat tu aku boleh bawak lila balik. Aku berat hati nak tinggalkan anak sendiri kat sana tapi aku kesiankan lila pasal pagi2 kena kuar dan balik malam2. Sejuk ke, takut kena keteguran ke, pendek kata aku memang kalau bole nak kurangkan masa lila di dalam kereta. Kalo apa2 jadi sapa yang susah? Cuma kesian kat mak aku ngan adik aku laa rindukan kat lila. Tgh blur nih.... Aku tengok dulu kalo aku larat aku akan hantar secara harian lila kat mak mertua aku. Lagi pun nenek lila sendiri yang jaga. Tak sama macam orang lain yang jaga. Ragam cucu boleh laa sabar, ragam anak orang lain mana laa aku tau kalo orang tu cubit anak aku ke. Dah ler lila blom bole cakap.
Aku berdoa agar aku diperbanyakkan rezeki untuk kami sekeluarga. Target aku kalo dapat bonus tahun nih nak buatkan mak gigi palsu. Kesian mak aku, kalo makan ayam tu slow je pasal gigi banyak dah xde. Yang lebih tu buat bayar kad kredit ler. Teruk gak financial pasal banyak pakai kad repair kereta. Pastu tayar lak bocor, duit lagi :-(
Lila dah pakai pampers saiz M. Ahahahah dah besar rupanyer anak dara abah nih. Xpe laa, nanti achik liza belikan 1 beg untuk lila.
Kesiankan bini aku, gigi sakit tapi dah cabut dah kat klinik rashid & friends. Ok laa cuma mahal skit. Sayang punya pasal abang bayar k. :-)
Aku x tau bila bole apdet lagi blog nih pasal sekarang nih aku kat opis bini aku. Kat pejabat aku kirim salamlahkan. Xpe, ada rezeki aku pasang wireless broadband internet. Dalam kete pun boleh layan internet.
Akhir kata, janganlah kita selalu buruk sangka dengan orang lain. Sesungguhnya perasangka buruk itu datangnyer daripada SETAN!!! Ishhh...., betul ke teori aku nih? Lantak lah labu...

Friday, July 27, 2007

JUMAAT YANG MEMBOSANKAN

Entah mengapa aku berasa amat bosan. Mungkin kerana DOPOD 838Pro :p aku rosak atau sim kad Celcom 128k tidak menyokong sistem PDA aku ini? Kenapalah pda aku nih meragam? Akibatnya banyak panggilan dan sms diterima lambat giler. Korang bayangkan pengurus aku sms aku pukul 1.00 petang tetapi aku hanya mendapat sms itu pada pukul 10.00 malam!!! Tak hilang akal ker?

Aku sangat rindukan 4G91AT!!! Betapa selesanya memandu kereta sendiri!!! Ohhh sayang, cepat-cepatlah engkau keluar daripada kedai spray kereta itu!!!

2-3 malam nih Lila bila masuk maghrib je mesti melalak. Bukan melalak biasa, ini stok melalak sampai aku nak menangis tengok. Kesian anak abah!!! Bila ucuk dah balik Kajang kita carik orang ye untuk tengok-tengokkan sayang abah.

Tuesday, July 24, 2007

4G91AT ON VACATION!!!!


Semalam aku menghantar kereta aku untuk di cat baru. Proton Wira sedan 1.5 4G91AT. Semenjak aku membeli kereta ini pada 2002, dan tukar enjin pada tahun lepas barulah aku berkesempatan untuk memanjakan kereta aku nih. Minggu lepas kereta aku menjalani proses transformasi sistam gantungan @ suspension daripada sistem 1.3 kepada sistem 1.8. Penyerap hentakan minyak APM 1.6 diadun bersama lingkaran spring Proton Waja 1.6 berjaya menaikkan ketinggian kereta aku pada tahap yang lebih stabil. Dulu kereta aku agak rendah dibahagian hadapan kerana menampung enjin DOCH 16V bertansmisi automatik yang memang berat.

Selepas itu aku menaiki kenari bersama Pn Sabrina dan terus ke Metro Kajang Plaza untuk proses yang tidak kurang pentingnya iaitu window shopping dan makan-makan. Hajat dihati nak beli PS2 tetapi apakan daya, mahal lagilah. RM599.00 + 40 games percuma. Alahai dah laa cat kereta nih aku kena RM2,310.00!!! Mana tak mahal, cat metalik luar dan dalam dan bonet depan, bonet belakang serta bumper belakang turut bertukar baru. Selepas itu bahagian lantai kereta aku akan dicat bahan anti karat untuk mengelakkan bahagian yang basah menjadi karat. Aku sayangkan kereta aku nih walaupun dah berusia 12 tahun (tahun 95), pasal kerana sepanjang dia berkhidmat untuk aku, jarang buat hal kat luar. Kalau rosak pun kalau tak dekat rumah, dia akan rosak dekat tempat berhampiran rumah. Alhamdulillah!!!

Aku kenal Pn Sabrina masa gunakan kereta nih. Masa berdating, tunang, sampailah kawen dan ada Mia Nur Khalilah kereta ini tanpa jemu menaburkan bakti untuk kami sekeluarga. Tak lupa masa emak aku sakit, sampai ke Johor kereta ni membawa kami sekeluarga. Banyak betul kenangan manis aku bersama kereta ini.

Aku berazam untuk terus menyimpan kereta ini selagi keadaan mengizinkan. Walau pun selepas ini kalau ada rezeki aku akan membeli MPV yang besar untuk kami sekeluarga. Aku akan tetap akan memandu dikau wahai kereta ku sayang. Muahhhh……

Tuesday, July 17, 2007

KEEP ON SMILING BEBEH

Kenapalah aku berasa sangat-sangat bosan hari ni? Dah la tu, asyik menguap menahan mengantuk. Adakah aku memerlukan cuti untuk melepaskan kebosanan aku jauh-jauh daripada diri ini? Masalahnya, hamper kesemua cara untuk melepaskan tekanan perasaan aku memerlukan wang ehehehhh. Kalau lah aku boleh membeli playstation 2 untuk aku layan pada malam hari kan best. Main rough spear rainbow army ke (kalau aku tak silap la). Mahal lak tuh! Nak beli 2nd takut tak tahan lama lak. Aku nak beli coil spring waja untuk wira aku lagi. Hari tu aku tanya kat kedai spare part, harga dia boleh tahan, RM135 untuk 2 bijik sebelah depan tapi barang baru beb. Wira aku belah belakang dah tinggi Cuma belah depan lak macam tu gak. Aepol kata mungkin pasal enjin 4G91AT aku nih memang berat sangat, so spring wira 1.6 masih tak boleh support. Oh wira ku sayang, nasib baik aku dah tangkap cintan dengan performance mu yang memberikan kepuasan minimum untuk setiap pemanduan ku yang sederhana ini :p

Laptop lak aku hanya menunggu cek daripada HR. Aku malas nak pakai kad kredit pasal nanti kena surcaj 3%. Rugi ler aku tak pasal-pasal kena bayar lebih. Oh ya, aku nak beli laptop untuk mengurangkan aku balik terlalu lambat daripada pejabat. Dalam masa yang sama boleh la mem besau buat keje pejabat dia sekali. Kebanyakkan kerja mem besau memerlukan dia menaip dengan banyak. Jadi kalau ada laptop tu dia boleh sambung kerja kat rumah aku atau pun kat rumah mak dia. Kerja aku semua dalam external hard disk. Aku pinjam kat pengurus kanan aku kat pejabat. Tak lah besar sangat kapasiti external hard disk nih, cuma dalam 40GB. Ok laa tu, dalam cpu desktop aku, tiada tersimpan kerja ini. Ini pun dah mula berat, mungkin pasal RAM yang tidak mencukupi. Untuk beginner macam aku nih, RAM 256MB tak cukup laa. Nak main game lagi :p Aku menyasarkan untuk membeli laptop jenama HP Compaq Presario kot. Dapat layan Red Alert pun kita ok laa kan. Aku bukan kaki game sangat, cuma Red Alert nih laa yang aku minat. Game dia simple sangat dan mudah untuk aku fahami.

Kalau ada rezeki lebih aku bercadang nak masukkan internet ke rumah aku. Tapi mem besau lak nak pasang astro. So aku kena berdiskusi terlebih dahulu dengan mem besau. Kerana ini semua memerlukan duit. Ahakssss. Tapi yang pasti aku tidak mahu pasal line telefon kat rumah. Mungkin aku akan pakai maxis wireless. Activation RM188 dan bulanan sebanyak RM68. Dalam kereta, dalam bilik air, bawah katil pun boleh surf lagi asalkan ada liputan. Best…… Tapi itu semua tertakluk kepada bajet bulanan. RM188 dan RM68 untuk bulanan pun kira banyak lah jugak untuk kami.


P/S:Lawa kan pix kucing kita nih :p

Monday, July 16, 2007

IMPIAN DAN HARAPAN

1) Nak beli komputer riba / notebook / laptop.
2) Nak cat kereta proton wira sedan 4G91AT aku.
3) Nak servis penyaman udara sebelum baby balik kajang.
4) Nak beli Play Station 2.
5) Nak beli MPV seperti Serena, Carnival atau Premacy.

Bila lah gaji aku nak menjangkau RM5K sebulan? :p

Alhamdulillah, Mia Nur Khalilah sihat-sihat adanya disamping ibunya yang tercinta. Semalam aku dan isteri aku serta Lila pergi ke JJ Maluri untuk membeli baby stroller dan baby car seat. Kenapa di JJ? Ini kerana aku mendapat baucer RM200 daripada kawan, hadiah sempena kelahiran Lila katanya. Dan aku juga menerima tunai RM200 juga daripada seorang hamba Allah dengan alasan yang sama. Alhamdulillah!!!

Aku dan isteri membeli dapat membeli baby stroller, babay car seat dan tilam lembut untuk Lila pada harga RM647. Lupa pulak nak tangkap gambar :p. Kira mama Lila kena tambah skit duit la. Pastu aku terus melarikan Lila ke Kajang kerana nenek dan achik dia rindukan Lila. Tapi Lila dok tido. Achik dia pegang-pegang, geletek-geletek pun Lila paling kuat pun menggeliat dan pastu sambung tido balik. Alahai anak abah......, sayang kat baby tau. Mamanya pun aku sayang gak ehehehehhh....

p/s: Love both of you!!!


Tuesday, July 10, 2007


MIA NUR KHALILAH

05/06/2007
3.33pm
3.45kg

YAHOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 18, 2007

Alahai, hari tu kan aku dapat bunga, 12 kuntum bunga ros yang cantik beserta patung beruang kecil, titipan dari isteri & anak tersayang. Aku pun dalam masa yang sama menitipkan 6 kuntum bunga ros juga beserta patung beruan kecil. Aikkk???? Kenapa sama eh? Pasal kami menggunakan orang tengah yang sama iaitu adik ipar aku sendiri @ adik isteri aku sendiri iaitu angah. Ohoooo..., pandai ko bisnes ek! Errr aku apdet blog nih bukan apa, cuma baru dapat pecah masuk ke dalam dashboard blog nih. Tetiba dah apdet ke versi baru siot. Ahakkk. Ok laaa, aku gerak dulu.

PS : Beruang tu comelkan :p

Monday, February 05, 2007

..::WALLAWEHHHH::..

Wallawehhhh!!!!

Entah mengapa mood aku 2-3 hari nih tak beberapa stabil. Asyik moody memanjang je. Mungkin pasal cuaca panas kot. Semalam aku pergi kenduri kawen kat keramat wakilkan mak mertua aku, rasa nak pengsan pasal cuaca panas terik. Aku memang cepat rimas, busan, moody dan angin kalau suhu luar badan mencapai paras tertentu. Lepas makan lepak kat rumah nenek pasal hantar barang dapur yang mak mertua kirim sambil konon-konon nak lepak dan berteduh dari cuaca panas, tapi tak rilek gak pasal bumbung rumah nenek zink dan xde siling. Ermmm....., balik btr hantar kenari terus balik kajang repair seluar kerja. Then belanja wife pizza hut, mengidam garlic bread katanya. Kat sana lagi skit aku nak maki orang pasal kurang ajar dengan aku. Tapi aku sabar..... :-(

Balik rumah then rehat kejap, wife gosok baju kerja. Kesian bila tengok orang mengandung nih menggosok baju. Nak aku gosokkan, memang aku tak pandai. Masa bujang dulu emak dan adik perempuan aku yang tolong gosokkan. Sori ye hunny :p

Pastu tido bertemankan aircond yang menyamankan. Alhamdulillah, cuma masa nak bayar bil elektrik tu ada rasa sakit skit. Errr atau sakit banyak???

Baby G tengah aktif nih, seronok pegang perut wife, bila panggil girl sambil elus perut wife musti ada efect, perghhhh....., memang best siot. Aku dah nak jadi papa yeyeyeyeyyyy..... Ya Allah, tambahkanlah rezeki hambamu ini.....

p/s : Love u hunny and thank you so much. Muahhhh :-*

Friday, December 29, 2006

Assalamualaikum w.b.t


Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin di seluruh galaksi bima sakti ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya. aku juga berharap dengan kedatangan tahun baru / batu ini akan menyedarkan kita semua akan erti kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Aku juga amat berharap agar kerajaan kita akan lebih bersikap demokrasi dan bukannya demo`crazy`. Terima kasih kerana menaikkan tol dari 20% sehingga 60%. Saya bukanlah seperti pak sheih yang amat handal `menumbuk below the belt` seseorang. Aku hanya berani bersembang tapi amat tak berani untuk menjadi `mereka` yang handal bermain kibod seperti aku merasakan kawan-kawan siber yang tidak pernah aku kenali selama ini mewakili apa yang aku rasa. Kepada Dato` Nazri Aziz, percayalah kejatuhan akan berlaku untuk anda tidak lama lagi, akan aku doakan. Sebab aku membencinya rasanya tak perlu menjadi modal.

Pasal gambar kat atas tu pulak ianya hadiah harijadi daripada Pn Sabrina. Thanks isteriku, abang sungguh berasa gumbiraaaaa di atas hadiah ini. Aku juga menerima RS-MMC DV 2GB bersama-sama jam tangan ini. Nampak je crocodile tapi aku bukannya spesis itu :p

Aku memang tiada mood untuk mengapdet blog ini lantaran memikirkan masalah negara semenjak dua menjak ini. Ermmmm......, bosan sebenarnya.

ps: wo ai nieh................





Thursday, December 07, 2006

Assalamualaikum w.b.t

Seronok pasal dapat menemani isteri bersarapan bersama. Aku makan roti planta dan air kopi susu, isteri lak makan roti canai kosong dan limau ais. Bersarapan sambil berbual-bual dan bergurau senda. Perghhhhh bahagianya.......

Masuk opis dengan beban kerja yang banyak. Oh ya, kalau tiada aral melintang aku dan isteri akan menyertai hari keluarga opis aku yang akan berlangsung di Bukit Merah Lake Town Resort. Waaaaa......, setiap staf dibenarkan untuk membawa bersama isteri dan anak jika ada dengan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh opis. Pendek kata cuma bawak duit poket untuk shopping je laa. Aku memang perlukan percutian ini untuk meredakan tekanan kerja di opis.

Yeyeyeyeyeyyyy.....,

P/s : Miz u a lot manje :-*

Wednesday, November 29, 2006

Alhamdulillah

Assalamualaikum.....,

Alhamdulillah, kandungan Sabrina sihat-sihat adanya. Dah masuk 3 bulan dan dijangkakan lahir pada 05/06/07. Masa pemeriksaan perubatan pada 25/11/06 tempohari, bila di scan nampaklah baby kami tu. Jantung pun dah nampak. Alahai baby...., main babacak laa pulak dengan abah dan emak ye? Terima kasih Ya-Allah!!! Bahagianya hati kami berdua.

Enjin kereta 4G91AT selamat sudah didaftarkan di JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak menolong aku sepanjang proses ini berlangsung. Love you all!!!

Maaf kepada kawan-kawan sebloggers kerana tidak dapat turut serta dalam RAPAT06 tempohari. Aku kerja sehingga lewat petang. Next year aku joint ok.

Errr cukup laa kot pasal aku kene sambung keje lagi nih. Semoga Allah memberkati kita semua. Aminnnn...........

Tuesday, October 10, 2006

..::MACAM-MACAM ADA::..

05/10/2006 (Khamis)

Alhamdulillah akhirnya aku mendapat sms daripada HAMPEH Motorworks mengatakan aku telah boleh mengambil kereta aku. Perghhhh selepas perang sms, ugutan berbau ancaman dan macam-macam lagi akhirnya aku berjaya juga mendapatkan kereta aku kembali. Sebulan lebih Proton Wira aku tersadai dalam workshop tu. Dan selama itulah juga aku bagaikan duduk diatas bara api yang tersangat panas. Pinjam Kelisa adik aku, pinjam Kenari adik ipar aku dan termasuk duduk @ bermalam di pejabat selama seminggu, berselisih faham dengan adik perempuan aku, desakan mak aku, akhirnya telah berakhir. Terima kasih Ya-Allah.
06/10/2006 (Sabtu)
Aku membawa Sabrina tersayang untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Sekadar nak mengesahkan apa yang tersirat. Akhirnya sudah terang lagi bersuluh. SABRINA DAH MENGANDUNG!!!! Alhamdulillah, segala puji-pujian untukNya. Akhirnya setelah bekerja keras tanpa jemu :p akhirnya Sabrina mengandung juga. Kami berasa amat lega, mahunya tak? Semua kawan-kawan dan saudara-mara bertanya bila Sabrina nak mengandung. Kami tertekan juga pasal kami tak pernah merancang keluarga. Untuk baby sulung ni memang kami nak secepat yang mungkin. Dah lima minggu usia kandungan baby kami. Masa scan tu doktor tunjuk satu objek kecil sambil berkata "ini laa baby kamu". Wahahahhahahh......, punyalah sukanya hati kami. Terima kasih Ya-Allah atas kurniaan Mu ini. :-)
Pastu pergi ke pejabat untuk buat kerja. HAMPEHHH BETULLAHHHH!!!! Kat lebuhraya persekutuan je enjin kereta aku mati dekat 10 kali!!! Bayangkanlah punya azab. Dengan orang jeling, hon dan macam-macam lagi. Sampai je pejabat aku terus park kat workshop ca yaa nun alif. Aku kenal dia dah lama. Selepas pemeriksaan secara rambang, dia mencadangkan agar fuel pump aku ditukar. Sebab simptom-simptom kekurangan bekalan minyak terjadi. Rugi woooo minyak dalam tangki penuh terpaksa dibuang. Nak tadah tiada bekas. Sabar je laa labuuuuu. Kena lagi RM200++. Pastu kereta bergerak lancar sehingga ke hari ini.
08/10/2006 (Ahad)
Duduk dirumah. Sabrina mencuci baju dan aku temankan sambil baring dan tengok tv.
Hari ini
Datang kerja walau pun cuti Nuzul Quran. Hantar kereta untuk pasang balik radio, masukkan penggera keselamatan, tukar speaker, wiring balik, dan hasilnya poket aku koyak-rabak. Kena RM760. Ermmm, takpelah, at least kereta aku kena cat je lagi. Nak pergi JPJ dan Puspakom lagi. Wargghhhhhh...., bohsannya.
Tapikan aku cukup berpuas hati dengan prestasi kereta aku nih walau pun menggunakan transmisi automatik. Terasa santai bila memandu. Kena pulak transmisi automatik 4 kelajuan. Bayangkan semasa memandu secara statik pada kelajuan 80km/j, RPM aku hanya mencatatkan 2K!!! Memang aku puas hati.
Terima kasih untuk sayang yang mengandungkan baby kita. Membuatkan abang bertambah cintakan sayang. Sayangkan you sangat-sangat tau :-*

Sunday, September 24, 2006

..::PERMULAAN RAMADHAN YANG HAMBAR::..

Yang pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarak ini dengan penuh kesyukuran kerana kita berpeluang sekali lagi untuk mengerjakan ibadah ini. Tuhan masih sayangkan kita dan memberikan peluang kepada kita untuk mengaut sebanyak kebaikkan yang mungkin. Alhamdulillah Ya-Allah.
Cuma aku dan isteri berasa sedih sedikit. Kereta aku masih tak siap dan berada di bengkel. Adik aku dah mula bising pasal aku asyik pakai kereta dia. Entah laaa..., minyak aku tuang, tol aku bayar, servis kereta aku bagi duit. Hantar dan jemput sampai depan pejabat. Bukan aku sengaja nak pinjam kereta kelisa tu pun. Aku terpaksa......... :-(
Akhirnya aku terpaksa membuat keputusan yang teramat drastik. Aku akan mula bermalam di pejabat selama seminggu bermula pada malam ini. Kebetulan kerja pun ada banyak jadi kalau aku tidur di pejabat sekurang - kurangnya aku dapat berkerja hingga lewat malam sambil berkain pelikat :p kesian pada Sabrina kerana tak dapat memeluk aku sampai pagi. Badan i panas tau :p
Cuma aku tak dapat menahan air mata bila terpaksa meninggalkan mak aku. Mak aku dah tua. Maafkan petz mak......, petz dah tak sanggup nak makan hati dengan kata - kata panas lagi. Hujung minggu petz balik ye.
Terima kasih manje pasal faham masalah abang. That`s why i`m crazy for you!!!!

Wednesday, September 20, 2006

Ntah apa – apa ntah yang aku buat. Aku kemaskan meja aku yang sangat berselerak. Aku susun balik fail – fail aku. Lap cermin moniter komputer aku. Susun alat – alat tulis aku. Lap meja. Adakah ini merupakan tanda – tanda aku memang tangah bosan? Kete masih tak siap lagi. Rindunyer dengan proton wira aku tu. Tak sabar rasanya untuk membawa transmisi automatik 4 kelajuan. Anyway masa aku terbaca berita di dada akhbar utusan, seorang pegawai kanan bank maut yang selalu tiba awal di pejabat semata – mata untuk mengelakkan kesesakan lalu – lintas atau untuk mendapatkan tempat letak kereta yang terhad. Keluar seawal 6.00 pagi!!!

Aku merupakan salah seorang yang keluar seawal 6.00 pagi semata – mata hendak mengelakkan kesesakkan lalu – lintas dan untuk menjimatkan minyak. So sekarang ni pun Sabrina pun dah terbiasa sampai awal ke ofis kerana keluar serentak dengan aku. Bangun pukul 5.00 pagi untuk mandi dan bersiap pergi kerja. Kadang – kadang bila dah sampai ofis rasa lemau semacam je. Kalau sampai awal selalunya aku akan tido sekejap, kira macam ganti tido balik laa. Tapi serius aku rasa memang tak cukup. Menjelang tengahari kan, mulalah aku mempraktikkan gaya tido sambil duduk menjaga macho. Hasilnya......., akan terhasil bunyi – bunyian yang teramat lemak manis dan merdu. Kalau bos aku berdiri sebelah aku pun mesti dia jeles :p

Aku mula keluar awal semasa bulan puasa 2001, takkan lepas sahur nak tido balik so terus gi keje. Mak aku siap bekalkan bantal untuk membolehkan aku tido dengan lebih mantap lagi. Habis bulan puasa, aku teruskan keluar awal sehingga ke hari ini.

Semalam kaki aku bengkak dan sakit – sakit. Tetiba je... :-( Semalam jugak merupakan hari yang paling membosankan untuk aku sepanjang aku berkhidmat di sini.

Sori ye sayang, abang betul – betul stress........

Monday, September 11, 2006

HAPPY BIRTHDAY TO ME

..::HAPPY BIRTHDAY TO ME :-)::..

Khamis minggu lepas tanggal 7hb. September 2006, genap aku berumur 28 tahun. Uhukkkk.... rasa dah tua laa pulak. Bangkit je tidur tetiba cupssssss......... :-* Sabrina kiss aku sambil wish selamat hari lahir. Wahhhh....., jangan laa aku terpaksa mandi wajib pagi nih kuikuikuiiii..... Anyway thanks sayang kerana berada disisi abang yang cute ni semasa menyambut ulang tahun hari lahir abang nih. So aku pergi kerja dengan perasaan amat berbunga, lain macam seronoknya bila menyambut hari ulang lahir bersama insan yang kita sayangi.

Masa bekerja lak aku dapat sms daripada adik perempuan aku yang wish abang dia yang macho ni selamat hari lahir. Thanks sis. Mak mertua aku pun sms perkara yang serupa. Terima kasih mak dan abah mertuaku. So aku tak plan apa-apa cuma Sabrina merancang untuk makan malam di Secret Recipe. Lepas habis waktu bekerja, aku pun jemput Sabrina di LRT Kelana Jaya dan terus pergi ke Giant. Selepas park kereta, kami terus ke Secret Recipe dan memesan apa-apa yang patut. Aku memesan Speghetti Meat Ball, Fish N Chips dan Apple Green Kasturi. Sabrina pula memesan Speghetti Bolognaise dan Fruit Punch. Akhir sekali kami memesan Chocolate Indulgence..., waaaaa memang mantap!!! Terima kasih sayang kerana sudi menyambut ulang tahun kelahiran bersama abang yang comey lotter nih :p

Siriesly masa makan tu kan, mata aku rasa panas semacam je, tapi aku tahan dengan sepenuh kuasa sekuat 120,000 HP. Rasa sebak semacam, bukan nak jiwang rusty blade tapi memang feel sesuatu. Aku tenggelam dalam perasaan aku sendiri untuk mencari apakah feel itu yang akhirnya aku ketahui sebagai keterharuan. 28 tahun yang penuh getir dan cabaran akhirnya aku dapat menyambut hari lahir bersama seorang isteri iaitu Sabrina. Siriesly terima kasih isteriku. Malam kang abang peluk manje kuat-kuat ok.

Ahad pergi ambil Kenari Jujen yang dah siap diperbaiki, hantar ke BTR dan terus ambil kesempatan untuk mengajar Jujen cara-cara parking dengan selamat. Pastu beli kuih untuk minum petang dan minum petang bersama mertua. Pukul 6 petang bertolak ke Kajang dan singgah di pasar malam kat Sungai Kantan. Beli yong taufu, apam balik, cili api, bontot ayam goreng, murtabak dan hanjeng panas. Balik rumah lepas makan Sabrina cuci baju dan terus naik atas untuk beradu.

Bangun pagi ni Sabrina gosok seluar kerja dan bersiap-siap untuk pergi kerja. Hantar adik aku kat Celcom jalan Semarak dan hantar Sabrina kat opis. Then aku terus pergi kerja. Bekpes kat kedai kak Midah dan terus menaip entry kat kibod. Duit claim akan dapat hujung bulan, sungguh menyeksakan :p

Zam ke Johor Bahru
Naim ke Wilayah Utara
Din ke Delta Perdana
Aku sensorang kat bawah :p

Monday, September 04, 2006

..::UHUKKKSSS::..

Khamis
Hari Merdeka yang lepas merupakan hari yang meletihkan bagi aku dan Sabrina. Tengahari tu kami pergi ke ofis Sabrina pasal dia nak buat sedikit kerja yang berada dalam kategori dateline untuk minggu ni. Errrrr, sempena Merdeka ni aku tak tengok pun tv untuk melihat acara perbarisan yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Then pergi Jaya Jusco Taman Maluri untuk makan tengahari merangkap minum petang. Kami makan Nandos Chicken tajaan wife. Thanxsss so much dear!!! Pastu kami pergi ke Leasure Mall untuk beli VV :p untuk Sabrina yang manje sangat tu. Then balik rumah dan tidur malam.

Jumaat
Kerja dalam keadaan yang sungguh takde mood. Kepala otak aku berkecamuk dan terasa teramat bosan. Rasa angin je sampai Sabrina call pun aku jawab nak tak nak je. Sori ye manje abang, bukan sengaja tau. Balik rumah terus tido gak.

Sabtu
Servis kereta liza dan Sabrina balik ke BTR untuk bawak mak shopping kat Makro Cheras. Punyalah lama aku duduk kat pusat servis produa ni, sampai aku boleh tido-tido ayam dalam bilik menunggu yang disediakan. Dalam pukul 4 kereta siap diservis dan dapat sms daripada liza yang nak gunakan kereta tu untuk ke rumah uncle. Liza pergi ke rumah uncle bersama mak dan akan bermalam di situ. Aku duduk rumah sensorang sambil menunggu Sabrina balik. Sabrina balik kami pun tido.

Ahad
Pergi ke HSL Kajang untuk membeli penyaman udara. Tak tertahan lagi menanggung kepanasan kat bilik atas lalu mendorong aku untuk membeli penyaman udara tersebut. Kedai tu kata petang semalam gak nak pasang bende alah tu tapi sampai pukul 6.00 petang masih tak sampai-sampai lagi. Aku terus hidupkan enjin Kelisa dan Sabrina hidupkan enjin Kenari dan terus ke kedai tersebut. Kedai tu kata kontraktor tu still tak datang ambik aircond untuk dipasang kat rumah aku. Dia kata apa-apa perkembangan nanti dia akan bagitau. So kami terus bergerak ke BTR untuk menghantar Kenari Jujen. Sampai je kat rumah mak aku park Kelisa dan gunakan Kenari untuk ke KFC Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Belikan kentaki untuk menyambut harijadi abah pada 05/09/06. Saja beli awal takut tak sempat nak datang. Kami xde kereta pasal wira still ada kat workshop. Kelisa tu adik aku punya, so takut gak nak lenjan kete tu. Masa kat KFC tu angah call mintak tolong jemput kat LRT BTR. So terus jemput angah dan balik rumah BTR. Tunggu abah sampai habis solat isyak dan wish happy birthday. Hanya KFC je yang kami mampu untuk abah. Ada rezeki lebih kita beli lagi ok.

Pagi ni
Aku dan Sabrina sungguh makan hati dengan Liza pasal dia sound aku pagi tadi. Ikutkan hati aku yang panas nih nak je aku hadiahkan pelempang kat dia. Tapi aku sabar dan akibatnya aku makan hati. Aku faham aku pinjam kereta Kelisa ni, bukan aku nak pinjam sangat pun tapi aku terpaksa. Aku tanggung minyak dan kongsi duit servis. Alih-alih selamba je dia sound aku. Masa wira tu dah nak jahanam pun aku buat bodo je kalau dia tumpang kereta aku. Tapi takpe, tunggu laa wira tu siap nanti. Aku akan jaga kereta aku elok-elok untuk mengurangkan risiko untuk pinjam Kelisa tu lagi.

ps:thanx untuk jujen kerana pinjamkan kenari tu kat kami. Besar hati kami.... :-)

Monday, August 21, 2006

ADEIIIII

..::MINGGU YANG TAK SIHAT::..

Petang Khamis malam Jumaat minggu lepas tetiba badan aku menggigil kesejukan, macam kena rendam dalam kolam ais. Betul punya sejuk sampai gigi aku berlaga menahan kesejukan. Ahhh...., entah-entah aku nak demam kot? So petang tu aku jemput Sabrina dan adik perempuan aku di LRT Kelana Jaya dan terus balik ke Kajang. Singgah kedai buah kat Kajang Raya dan hantar adik aku ke rumah. Then aku dan Sabrina pergi ke klinik Premier di kawasan Bintang. Confirm aku demam dan setelah ditemuduga oleh doktor yang mengalahkan temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, hasilnya sungguh memeranjatkan. Aku disyaki mengalami demam denggi!!! Alamak!!!!! Takutnya aku pasal setahu aku demam denggi ni masih belum ada ubat lagi. Doktor tu kasi aku MC untuk hari jumaat dan berpesan supaya datang ke klinik untuk menjalani ujian darah pada pagi Sabtu kalau demam aku tak kebah. Aku dan Sabrina terus balik dan makan malam, errr..... Sabrina suapkan :p Dan lepas tu makan ubat dan terus zzzzzzzz.........

Pagi jumaat tu Sabrina EL untuk menjaga aku semasa demam (thanks hunny) dan mengambil peluan untuk membasuh baju. Bila aku terjaga je terus aku sms Pengurus aku untuk maklumkan yang aku MC. Lepas sarapan dan makan ubat aku rasa macam ok sikit je. So rehat macam biasa. Malam tu pulak aku pergi tempah cermin mata pasal mata kanan aku asyik berdenyut-denyut je. Mata sebelah kanan kena pakai kanta rabun silau sekuat 200!!! Mak aihhhh, kuat gak silau aku nih. So cermin mata aku kena RM430 free satu lagi kanta free. Sabrina menjeling manje..., nak buat cermin mata baru pasal cermin mata sekarang nih pun dah 3 tahun dia pakai. So Sabrina kena tanggung duit bingkai je sebanyak RM88. Kira ok laa tu. Terima kasih kepada mak aku yang sponsor RM150 untuk cermin mata aku. Malu lak dengan mak aku.....

Sabtu lak aku kena astma....., tak boleh bernafas, asyik tercungap-cungap je. Pegi lagi ke klinik Premier tu. Dan bermulalah adegan panas hati yang tak melampau sangat. Masa pergi tu aku takde tunai yang mencukupi dan hanya ada kad kredit untuk back up. Sampai je klinik tu aku minta tolong Sabrina untuk masuk dan bertanya pada jururawat tu ada tak klinik tu mengambil kes astma seperti mengambil gas. Jururawat tu boleh bertanya lak gas apa? CISSSS..... takpe aku bersabar je. Dan akhirnya semuanya berakhir dengan baik.

Ahad lak hanya lepak-lepak tengok CSI Supreme Sunday. Pergi bayar duit ansuran kelisa adik aku, pergi pasar malam beli kuih dan sayur sikit. Pergi farmasi beli ubat astma (Bricanyl) dan balik tidur. Panas semacam pulak sampai aku dan Sabrina kena mandi dulu sebelum tidur.

Pagi ni aku dapat tahu jumaat lepas (aku MC) pengarah urusan aku enggan menandatangai claim overtime dan mileage pasal terlalu banyak orang yang claim banyak-banyak. Dan claim hanya akan keluar 29hb Ogos ni serentak dengan gaji (yang dulunya setiap 25hb). Macam mana ekk??? Kalau aku tak ot kerja tak siap. Kalau kerja tak siap nanti kena sound. Bila kena sound mulalah aku kerja macam nak tak nak. Nampak gayanya sharp pukul 5.30 petang aku akan punch out.

Mungkin bos aku tak marah department aku (chemicals division) tapi terkena tempias kot. Wallahualam. Harap-harap jangan kerana marahkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Bos jugak cakap chemicals division penyumbang utama pendapatan syarikat ni. Aku amat berharap bos tak berkira dengan perkara ni. Berilah aku peluang untuk mencarik duit untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian keluarga aku nih. Aminnn.....


ps: Rindunyer kat orang rumah :p

Tuesday, August 01, 2006

SEMALAMAN DALAM KESEJUKAN

Semalam Mr Petz tido awal. Pukul 10 dah ada atas tilam toto kat tingkat bawah rumah mak Mr Petz. Dah 3 minggu rasanya Mr Petz tido kat bawah pasal cuaca malam yang sungguh hangat membara. Ntah macam mana dalam pukul 1.30 pagi Mr Petz terjaga sambil menggigil kesejukan. Betul punya gigil macam terkena demam kura-kura tahap dewa. Mr Petz padamkan suis-suis kipas (Mr Petz pakai 2 buah kipas) dan tercari-cari selimut. Selama nih memang Mr Petz tido tanpa berbaju pasal panas. Mrs Petz nyenyak je sambil berselimutkan tuala mandi auwwwww..... dalam tuala mandi tu dah siap berpakaian lengkap. Mana laa pulak Mr Petz nak cari selimut nih. Akhirnya Mr Petz terpaksa melaksanakan rancangan darurat iaitu dengan tido beralaskan lantai dan sebahagian toto tu Mr Petz buat selimut. Lega skit rasanya. Tetiba Mr Petz terfikirkan sesuatu sambil menahan kesejukan. Apa kata Mr Petz peluk je Mrs Petz :p Perghhhhhh memang best pasal rasa panas suam-suam kuku jek. Tapi pastu Mr Petz tido bawah toto balik L pasal belakang Mr Petz lak rasa sejuk. Pastu dalam 5.15 pagi Mrs Petz kejutkan Mr Petz untuk mandi dan bersiap untuk pergi keje.

Dalam kepayahan Mr Petz membuka mata bercampur mengantuk bersamaan mamai Mr Petz ternampak Mrs Petz dah siap berpakaian baju kurung...,,,, alahaiiii lawanya. Bertuah sungguh Mr Petz dapat kawen dengan Mrs Petz nih.... Alhamdulillah.

Mrs Petz dah ada hp baru. Motorola V3x. Issyyyyhhhh...., lawa sey hp nih. Takpe.., Mr Petz still ada Nokia 6680 yang Mr Petz rasa masih relevan untuk Mr Petz pakai. Mr Petz beli kat low yatt. Rambang seyy bijik mata. Anyway ada dialog lucu yang terjadi masa Mr Petz nak beli hp tu. Mr Petz masa tu takde tunai so Mr Petz memang merancang untuk beli hp tu pakai kad kredit dengan plan pembayaran selama 12 bulan. So dalam banyak-banyak kedai hp tu hanya ada satu je kedai yang menawarkan pelan pembayaran yang Mr Petz nak. So Mr Petz pun tanya laa leng chai yg jual hp tu (nama dia raymond) lebih kurang macam nih.

Mr Petz : Sini bole beli hp pakai installment kredit kad tak?
Raymond : Apa bank?
Mr Petz : Maybank.
Raymond : Lu mau pakai kad bili hanpon kaa?
(Sambil tangan menggambarkan hp)
Mr Petz : HABIS TU KAU INGAT AKU DATANG SINI NAK BELI APAM
BALIK KE?
(Masa nih aku aku rasa telah diperbodohkan oleh Raymond)
Raymond : Ahahahahahahhhh!!!!!!

Aku pun gelak gak pasl tak sangka aku bole sound leng chai tu selamba je :p

p/s: i luv u mummy hunny bunny MUAHHHHHHHHHHH

Friday, July 14, 2006

ALFATIHAH.............. :-(

Buat Seorang Kawan

Pertama kali aku kenal dia
Semasa Gathering Geju 2004
Seorang yang ceria dan sentiasa yakin pada diri sendiri
Sungguh sempurna tanpa kelihatan sebarang masalah pada raut wajahnya
Tapi semalam
Hati aku hiba dan sebak
Mengenangkan pemergiannya menemui penciptaNya
Akan kurang kemeriahan Gathering yang akan datang
Tanpa kelibatnya

Aku tak berkawan rapat dengan aruah
Tapi dari pertemuan pertama
Aku yakin dia seorang yang hebat
Namun itu semua tinggal kenangan
Yang akan aku kenang dalam memori ku

Alfatihah untuk Allahyarhamah Nana @ Mentadak_Mentadu
Yang telah meninggalkan kita pagi semalam
Semoga roh aruah dicucuri rahmat
Takziah kepada keluarganya
Dari aku dan Sabrina suami isteri.

http://miznana.blogdrive.com